Monday Nov 27, 2023

Rezeki Dikongsi Bersama | Sembang Wanita Episod 11

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul, hanya anak-anak yatim ini sahaja yang tahu perasaan bersarang di hati. Sayu menatap setiap satu namun Colours of Ramadhan membawa keceriaan yang ditunggu, berkongsi rezeki dengan anak-anak yatim di Negeri Sembilan. Siri jelajah terakhir program redONE Colours of Ramadhan ini pastinya menjentik hati kita dan terasa ingin bersama meraikan momen gembira. 

Bersama hos Sembang Wanita, Kak Girl dan tetamu jemputan En Megat Ishak, Ketua Hal Ehwal Korporat, redONE Network Sdn Bhd & Nurul Syahira Binti Aszahar, Penyelia Informasi dan Latihan redONE  menyingkap edisi penutup jelajah Colours of Ramadhan ini.

Sembang Wanita merupakan sebahagian daripada SEENI Podcast. Segalanya di SEENI!

Copyright 2023 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125