Sembang Wanita - SEENI Podcast [BM]
Mak mertua, pedamai atau perosak rumah tangga? Kaki kikis atau Pisau Cukur? Taste Laki Orang? Semua ini dan banyak lagi di Sembang Wanita! Dibawakan oleh Mingguan Wanita, Teman Setiap Wanita. Host anda Norreen Iman, Kak Girl & Dottie akan bincangkan topik-topik panas buat para wanita serta menjemput tetamu-tetamu khas yang akan mengupas topik tersebut. Jangan terlepas, Sembang Wanita! Dibawakan oleh Majalah Mingguan Wanita, Teman Setiap Wanita! Sembang Wanita sebahagian daripada SeeNI Podcast. Segalanya di SeeNI! YouTube Mingguan Wanita: https://www.youtube.com/@mingguanwanitaofficial
Episodes

Monday Dec 25, 2023
Monday Dec 25, 2023
Hidup berumahtangga adalah mengenai saling lengkap melengkapi. Saling membahagiakan dan saling memahami. Jika semua ini ada , maka tidak lah terjadi isu suami perlu dilayan seperti raja dan isteri dilayan seperti permaisuri.
Jika salah seorang berasa tertindas dan teraniaya, maka ini bukan lah perkahwinan membahagiakan dua jowa tetapi ia adalah satu ketidak adilan.
Suami yang baik tidak akan sesekali menggunakan kedudukannya untuk mengarah isteri memberikan layanan seperti raja, tetapi ingin melayan isterinya seperti sang permaisuri.
Kita ikuti kupasan dan ulasan pakar dalam bidang Syarie dan perkahwinan iaitu Puan Suzana Ghazali, Perunding Psikologi Keluarga & Guaman Syarie, Bina Bahagia Services
#mingguanwanita#sembangwanita
Sembang Wanita merupakan sebahagian daripada SEENI Podcast. Segalanya di SEENI!

Wednesday Dec 20, 2023
Wednesday Dec 20, 2023
Dulu hidup berumahtangga aman damai sahaja, namun semenjak PKP ini perangai pasangan kelihatan berubah. Duduk rumah pun boleh bermasam muka, bertengkar dan cepat betul sentap.
Macam-macam isu boleh menjadi pertengkaran apatah lagi yang membabitkan wang dan hubungan luar pengetahuan pasangan.
Tiada seorang pun yang terlepas daripada ujian Allah. Ujian itu semakin berat tatkala terpaksa berhadapan dengan cabaran harungi kehidupan sepanjang pandemik.
Ada yang berpendapat ujian tidak semestinya semasa PKP, ujian datang sepanjang masa dan bila-bila pun. Yang penting bagaimana pasangan ‘tackle’ masalah yang timbul. Cuma semasa PKP dugaan itu terasakan bertambah berat.
Kita ikuti apakah ulasan dan kupasan yang akan diberikan oleh pakar motivasi yang terkenal dengan sifat keibuannya iaitu Ustazah Dr.Robiah K. Hamzah bersama dengan hos Norreen Iman.
#mingguanwanita#sembangwanita
Sembang Wanita merupakan sebahagian daripada SEENI Podcast. Segalanya di SEENI!

Monday Dec 18, 2023
Monday Dec 18, 2023
Ukuran kejayaan anak-anak pada hari ini tidak lagi terhad pada kejayaan dalam akademik sahaja. Percayalah, anak-anak kita sebenarnya dilahirkan dengan potensi yang luar biasa sekiranya kekuatan dalaman itu dizahirkan bersungguh-sungguh.
Perhatikan dan berikan galakkan, mereka pasti dapat mencipta kejayaan tersendiri. Sebagaimana harimau yang memiliki belang tersendiri, begitu juga dengan anak-anak kita. Setiap anak-anak mempunyai kekuatan dalaman berbeza, dan sudah tentulah kejayaan yang bakal diraih juga berbeza.
Raikan kepelbagaian kelebihan yang bakal melakar kejayaan. Jangan lah dipaksa, berikan mereka ruang untuk meneroka kekuatan dalaman masing-masing.
Kita dengar bagaimana Datin Fouziah Gous membantu anak-anaknya menzahirkan potensi dalaman untuk mencipya kejayaan selain turut di kupas oleh Sheila Ibrahim dari Mondelez International (Malaysia) dan Prof. Dato’ Noor Aziah Hj Mohd Awal, Pesuruhjaya Kanak-kanak Malaysia di SUHAKAM.
#sembangwanita#mingguanwanita
Sembang Wanita merupakan sebahagian daripada SEENI Podcast. Segalanya di SEENI!

Wednesday Dec 13, 2023
Wednesday Dec 13, 2023
Rambut sama hitam, hati lain-lain. Dalam bab menunjuk kemewahan dan keindahan kediaman ini ada banyak pendapat berbeza.
Namun segalanya terletak pada hati yang menunjuk dan yang melihat. Hanya Allah sahaja yang tahu niat masing-masing.
Namun dalam percanggahan pendapat itu, adakalanya terjentik juga hati. Rumah yang dirasakan cantik itu, tidak lah cantik mana pun malah banyak kesalahan dekorasi.
Kita dengarkan pendapat Pereka Hiasan Dalaman berpengalaman iaitu encik Aznol Hadi akan hal ini. Apa pun juga, ambil lah ia sebagai nasihat seorang pakar.
#mingguanwanita#sembangwanita
Sembang Wanita merupakan sebahagian daripada SEENI Podcast. Segalanya di SEENI!

Monday Dec 11, 2023
Monday Dec 11, 2023
Dapat isteri yang rajin masak kira satu rahmat besar. Tambahan pula isteri pun sama sibuk menjaga anak dan mengemas rumah atau turut bekerja membantu suami mencari rezeki.
Berapa usia perkahwinan sebenarnya bukan kayu pengukur mak-mak ni handal memasak 100%.Kadangkala otak ‘jem’ juga nak fikir masak apa, maka dirujuklah Mr. Google.
Tapi ada segelintir pandang rendah mak-mak yang suka google resipi ni dan melabelkan sebagai tak cekap urus rumahtangga.
Bagi mereka sepatutnya semua resipi dah ada dalam kepala macam mak-mak kita dahulu. Boleh terima kah cakap-cakap macam ni? Kita dengar perkongsian puan Maizatul Zai yang telah membuat posting hal ini menerusi akaun twitternya dan mendapat reaksi ramai
#mingguanwanita#sembangwanita
Sembang Wanita merupakan sebahagian daripada SEENI Podcast. Segalanya di SEENI!

Wednesday Dec 06, 2023
Wednesday Dec 06, 2023
“Tak siap homework Matematik, Sains, Sejarah, Fekah yang cikgu bagi semalam, siap!” Haa…itu jeritan biasa kita dengar daripada mak-mak sepanjang PdPR. Tapi perlukah nak tinggi suara atau siap dengan rotan, tali pinggang bagai? Mencabar keimanan perangai anak-anak belajar online. Tentu ada acara efektif untuk kebaikan anak dan mak-mak. Nak marah-marah selalu, nanti penyakit lain singgah. Jadi cuba kita dengar sedikit nasihat pakar Psikologi & Keibubapaan; Puan Saleha Idris bagaimana mak-mak boleh bertukar dari ‘singa’ menjadi ‘kucing’ yang manja dan comel. #mingguanwanita #sembangwanita
Sembang Wanita merupakan sebahagian daripada SEENI Podcast. Segalanya di SEENI!

Monday Dec 04, 2023
Monday Dec 04, 2023
Sungguh supporting la dapat suami macam ni. Tak kisah isteri makin montel musim PKP. Tapi mak-mak jangan terbuai sangat. Terlebih montel nanti penyakit pula bertandang. Ha...lagi bahaya. Adakah PKP Lockdown kali ini bakal memontel dan menggebukan mak-mak semua sebagaimana PKP tahun lalu? Perancangan nak konsisten eksesais tinggal kenangan sahaja apabila selera makan atasi segalanya. Makan banyak eksesais pun kena lah berganda. Dengarkan nasihat coach Laily Rahman, apa mak-mak patut buat kalau sedar diri dah montel
Sembang Wanita merupakan sebahagian daripada SEENI Podcast. Segalanya di SEENI!

Wednesday Nov 29, 2023
Wednesday Nov 29, 2023
Menyampah kan bila kerap terkucil, memang rasa tak selesa. Lagi-lagi bila nak keluar bekerja mesti terfikir cara terbaik untuk elakkan bau kerana bimbang orang lain perasan. Kalau berdepan dengan masalah ini, apa yang mak-mak lakukan?
Terkucil sekali dua sehari ok lagi. Tapi kalau dah sehari berkali-kali nak kena tukar seluar dalam atau panty liners, ini sudah jadi masalah besar dan perlu dirawat segera.
Menurut Dr. Amy Roslaily Binti Rosly, Pegawai Perubatan Klinik Amisi, rata-rata wanita malu untuk bersuara bahawa mereka ada masalah terkucil. Malah mereka beranggapan bahawa masalah ini adalah “common” tapi sebenarnya ianya tidak “normal”.
Ikuti kupasan lanjut topik, Awas! Kerap Terkucil Perlu Dirawat Segera dalam Sembang Wanita pada 27 Mei nanti jam 3 petang di Facebook Live MW dan Youtube Mingguan Wanita.
Sembang Wanita merupakan sebahagian daripada SEENI Podcast. Segalanya di SEENI!

Monday Nov 27, 2023
Monday Nov 27, 2023
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul, hanya anak-anak yatim ini sahaja yang tahu perasaan bersarang di hati. Sayu menatap setiap satu namun Colours of Ramadhan membawa keceriaan yang ditunggu, berkongsi rezeki dengan anak-anak yatim di Negeri Sembilan. Siri jelajah terakhir program redONE Colours of Ramadhan ini pastinya menjentik hati kita dan terasa ingin bersama meraikan momen gembira.
Bersama hos Sembang Wanita, Kak Girl dan tetamu jemputan En Megat Ishak, Ketua Hal Ehwal Korporat, redONE Network Sdn Bhd & Nurul Syahira Binti Aszahar, Penyelia Informasi dan Latihan redONE menyingkap edisi penutup jelajah Colours of Ramadhan ini.
Sembang Wanita merupakan sebahagian daripada SEENI Podcast. Segalanya di SEENI!

Tuesday May 30, 2023
Tuesday May 30, 2023
Ramadhan bulan mulia. 😇 Inilah masa melipat gandakan amalan kebajikan kita. Alhamdulillah, mengambil berkatnya, Colours of Ramadhan mengembalikan sinar keceriaan pada wajah suci anak-anak yatim di dua buah rumah penjagaan anak yatim di Banting dan Bangi.
Terasa kemesraan apabila anak-anak ini menerima kedatangan team redONE Foundation bagi meraikan Ramadhan bersama. Prihatin dan ukhuwah erat terjalin. Jika bukan kita, siapa lagi yang akan menggembirakan mereka?
Saksikan secara live di FB Mingguan Wanita pada 30 April 2021, jam 3 petang bersama hos, Norreen dan tetamu jemputan, Nurul Syahira Aszahar, Penyelia Informasi dan Latihan redONE Network Sdn Bhd mengenai usaha murni sempena Ramadhan ini. Salam Ramadhan daripada kami semua di redONE dan Mingguan Wanita. ✨
Nak lagi konten menarik? Search je SeeNI di Spotify! Segalanya di SeeNI!
YouTube Mingguan Wanita: @mingguanwanitaofficial
Pautan Video Asal: Tonton sekarang!